Welcome! This is a website that everyone can build together. It's easy!

HomeThis is a featured page

PANDUAN PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH DI BAWAH SEKSYEN 124(1) (a) DAN (C) KANUN TANAHNEGARA
TUKAR SYARAT TANAH Tukar syarat bermaksud pengubahan kategori kegunaan tanah atau pengenaan kategori kegunaan tanah yang baru, atau pembatalan, atau pindaan syarat nyata yang baru untuk membolehkannya menggunakan atau memajukan tanah bagi maksud yang lain daripada dibenarkan pada masa ini. PERSEDIAAN PERMOHONAN Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon sebelum membuat permohonan tukar syarat ialah :- i. Borang Kaedah 44C (2 salinan) ii. 18 pelan Kunci, Lokasi, Tapak yang disediakan oleh Jururancang Bandar Bersekutu. iii. Laporan Cadangan Pemajuan. iv. Carian Rasmi Asal. v. Salinan Hakmilik. vi. Salinan Cukai Tanah Semasa. vii. Surat pertujuan bertulis daripada tiap-tiap orang / badan yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah. viii. Dokumen surat kuasa wakil jika permohonan dibuat oleh mana-mana orang di bawah surat kuasa wakil (Didaftarkan di Mahkamah Tinggi Dan Pejabat Tanah). ix. Permohonan daripada syarikat hendaklah mengemukakan Memorandum and Article of Association dan Borang 24 dan 49. BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN i. Tidak lebih 1 hektar RM70.00 ii. 1 hektar – 10 hektar RM140.00 iii. Lebih 10 hektar :- v 10 hektar pertama – RM100.00 v Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya – RM10.00 KUASA MELULUSKAN 1) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (bagi permohonan One Stop Centre). 2) Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor (permohonan meminda syarat nyata tanah). 3) Pengarah Tanah dan Galian Selangor (Rezab Melayu). 4) Pentadbir Tanah / Daerah Klang (permohonan kilang tanpa kebenaran – dalam zoning). KADAR BAYARAN PREMIUM YANG DIKENAKAN 1) Pertanian kepada Bangunan Kediaman – 15% daripada nilaian tanah yang baru diluluskan. 2) Pertanian kepada Bangunan Perniagaan – 30% daripada nilaian tanah yang baru diluluskan. 3) Pertanian kepada Industri v Industri Ringan – 20% v Industri Sederhana – 25% v Industri Berat – 30% daripada nilaian tanah yang baru diluluskan. 4) Bangunan Kediaman kepada Bangunan Perniagaan – 15% daripada nilaian tanah yang baru diluluskan. 5) Industri kepada Bangunan Perniagaan – 10% daripada nialaian tanah yang baru diluluskan. From : pejabat daerah / tanah klang..


Posted Anonymously Latest page update: made by Anonymous , Feb 16 2011, 10:50 PM EST (about this update About This Update Posted Anonymously translate - anonymous

329 words added
168 words deleted

view changes

- complete history)
More Info: links to this page

Anonymous  (Get credit for your thread)


There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.